Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, May 24, 2012

KEJAYAAN MYDIN

Jatidiri Keluarga Mydin disebalik Kejayaan

Kejayaan Kumpulan Mydin pasti tidak dapat dipisahkan daripada jatidiri keluarga tersebut, yang nampaknya banyak dipengaruhi nilai dan budaya keluarga yang berasal dari India, sungguhpun pengarah urusan, Dato’ Ameer Ali merupakan generasi keempat yang bermastautin di Malaysia.Ayah kepada datuk beliau, Encik Jamal berhijrah ke Malaysia dalam tahun 1916. Seperti ramai imigran lain, beliau adalah diantara anak anak muda yang berani menyahut cabaran dan mengharungi lautan untuk mencari peluang perniagaan di tempat baru. Mengikut cerita, ini berlaku setelah beliau terbaca akbar di India tentang kejayaan imigran bangsa Cina di Malaya ketika itu.

Ghulam Hussein, bapa kepada Mydin Mohamed sudah cukup berjaya dalam perniagaan disekitar tahun 20-30han.  Sungguhpun demikian, dengan nilai nilai dan budaya niaga yang kukuh, keluarga ini kekal dengan sifat sifat yang perlu untuk kejayaan seterusnya. Persekolahan diutamakan dan En Mydin dihantar ke sekolah Inggeris . Mereka  kekal dengan cara hidup yang sedarhana dan berdisiplin. Kini, setelah berjaya Encik Mydin masih lagi seorang yang suka merendah diri dan berjimat cermat.
Berpandukan penulisan  yang kita dapati, sifat berjimat cermat merupakan nilai amat penting  dalam keluarga Mydin. Walau kadang kali ianya nampak keterlaluan dari kaca mata masyarakat Melayu,  sekurang kurangnya kita harus faham sifat berjimat cermat adalah  sifat baik yang perlu dibudayakan untuk maju kehadapan.Keluarga Mydin juga berpegang teguh kepada kejujuran dalam keluarga dan dikalangan pekerja pekerja mereka. Pembelotan pernah berlaku dimana supervisor kedai menggelap wang hasil jualan. Tindakan disiplin, walaupun sukar dilakukan,  terpaksa diambil dengan segera setelah terbukti kesalahan,  dengan menamatkan perkhidmatan kakitangan berkenaan. Pengurusan boleh mema’afkan kesilapan, tetapi tidak  jika ia melibatkan penipuan dan ketidakjujuran.

Sudah pasti persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan kumpulan ini.  Ini kerana sekurang kurannya dalam tiga generasi kedua dua ibu dan bapa mereka adalah dari keturunan dengan  jadidiri yang serupa.Satu lagi ciri ciri yang perlu diambil perhatian,  Encik Mydin Mohamed  tidak memulakan perniagaan dengan ayahnya, sungguhpun ayah beliau sudah  berjaya. Beliau memilih untuk mulai berkhidmat dari bawah dengan perniagaan Mr. Peerbhai. Disini beliau menimba banyak pengalaman untuk mengurus kedai runcit.

Begitu juga anak beliau  Dato’ Ameer Ali Mydin juga tidak mulai berkhidmat dengan perniagaan ayah beliau dari awal.  Di sini pendidikan universiti menjadi prioriti sebelum beliau mulai bertugas dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim. Hanya setelah menimba pengalaman berkhidmat dalam  bank dan  setelah menjalin networking yang perlu, beliau mulai berkhidmat dalam perniagaan keluarga.
Jelas nampak disini yang kejayaan kejayaan kumpulan Mydin berkait rapat dengan jatidiri keluarga, pendidikan yang baik, pengalaman disekitar perniagaan yang moden dalam AMMB dan juga jalinan networking yang mereka bina.

Bagi kita orang Melayu yang membesar dalam suasana selesa, tanpa disiplin yang ketat dan budaya niaga yang kondusif dalam masyarakat, kita perlu mengharungi lebih banyak perubahan sikap dan budaya niaga.
Kinipun kita sedang menuju kearah itu hasil persaingan antara kaum dalam negara yang menimbulkan kesedaran dan motivasi dalam masyarakat.Dengan bantuan polisi kerajaan yang sesuai, terutama dalam bidang pendidikan dan  dengan mewujudkan suasana  persaingan yang sihat dan adil , masyarakat kita akan berjaya di masa hadapan.

Sumber Rujukkan:
http://www.mydin.com.my/mydin/news
http://www.utusan.com.my/utusan
Website Kedai Rakyat 1 Malaysia.
Blog : dahalmi.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment