Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, May 26, 2012

PASARAYA MYDIN, PENGASAS DAN SEJARAH

PENGENALAN

Kumpulan Mydin,antara kumpulan perniagaan runcit dan borong yang terbesar di Malaysia, dengan jualan tahunan mencecah RM 1.6 bil., bermula dengan sebuah kedai kecil di Kota Bharu pada tahun 1957. Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein, kini berusia 83 tahun, adalah pengasas Kumpulan ini. Beliau dilahirkan pada tahun 1928 di Pulau Pinang kepada keluarga Ghulam Hussein bin Jamal.  Encik  Jamal, bapa kepada Ghulam Hussein,  merupakan seorang  imigran muslim dari India.En. Mydin berbekal dengan simpanan peribadi , tiada jalan pintas, tanpa tongkat atau bantuan kewangan dari kerajaan, mampu memulakan ‘empire perniagaan’ hanya mulai dengan ruang kedai yang amat kecil.

Hanya selepas 22 tahun pada 1979, En. Mydin membesarkan perniagaan beliau ke negeri berhampiran, Trengganu. Bayangkanlah begitu lama, sehingga 2 dekad!Usahawan muda masakini tidak begitu bersabar, mereka sentiasa  ingin melihat hasil dengan lebih pantas   serta  mencuba meneroka dengan jalan pintas.Usahawan masakini kadang kalanya tidak memahami keadaan ini. Dalam alam perniagaan, anda perlu belajar mengurus kewangan dan mengelak pinjaman yang berlebihan dikala sumber hasil masih lagi terhad.Kini Kumpulan Mydin memiliki lebih daripada 90  kedai termasuk lapan buah pasaraya besar  dan Mydin wholesale emporium dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia

KELUARGA MYDIN

Mydin Mohamed pada tahun 1949 berkahwin dengan seorang gadis dari India berumur 15 tahun bernama Rowshan Bhai. Mereka  dikurniakan seramai tujuh orang anak, iaitu tiga orang anak perempuan dan empat orang lelaki.Kini Kumpulan Mydin di terajui oleh anak Mydin Mohamed yang kedua, Dato’  Ameer Ali Mydin. Beliau berkelulusan Masters in International Business dari Sonoma State University, California dalam tahun 1981, dan hanya menyertai perniagaan keluarga Mydin dalam tahun 1987 setelah beberapa tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim.



Program Transformasi Kedai Runcit(TUKAR)

Kumpulan Mydin adalah sebuah daripada pasaraya yang terlibat dalam program TUKAR dan berperanan sebagai konsultan dan membantu  dalam melaksanakan program ini.

                                    http://www.mydin.com.my/mydin/images/225_a175.jpg

                        Perubahan hasil Program TUKAR di sebuah pasar mini di Merlimau

Program ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Perdagangan dalam Negeri dibawah NKEA untuk memodenkan kedai runcit tradisi. Proses transformasi ini merangkumi mengatur semula barang niaga, melaksanakan point of sale system yang baru yang lebih effisien, dan meningkatkan rupa bentuk disebelah dalam dan luar kedai. Kedai yang terbabit akan diberi pinjaman oleh Bank Rakyat sejumlah diantara RM20,000 dan RM60,000.




Sumber rujukan:

MYDIN, The Untold Story, oleh Datin Dr. Hjh. Siti Hawa Mohd.
Website MYDIN Holdings Bhd.
http://www.utusan.com.my/utusan
Website Kedai Rakyat 1 Malaysia.
Blog : dahalmi.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment