PERTUMBUHAN PESAT SEJAK 1987
Dalam fasa yang kedua sejak tahun 1987, Kumpulan Mydin telah melalui peringkat pertumbuhan yang pesat, setelah Dato’ Ameer Ali menyertai Kumpulan. Jika sebelumnya, ia hanya memiliki dua buah kedai sejak tertubuhnya pada tahun 1957 di Kota Bharu, sejak tahun 1987, Kumpulan Mydin telah berkembang pesat di seluruh semenanjung sehingga kini mampu memiliki lebih sembilan puluh buah kedai termasuk beberapa buah pasaraya dan emporium, dengan nilai jualan berjumlah lebih daripada RM 1.6 bil. setahun.
Kini, Dato’ Ameer Ali Mydin adalah Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd.
KEDAI 1 MALAYSIA (KR1M)
Sebagai tanggungjawab sosial dan berikutan kejayaan dalam Program TUKAR, Kumpulan Mydin telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan sebagai operator KR1M.Sebagai Operator, Mydin membantu dalam memasang peralatan dan rek rek kedai , pengurusan bekalan, IT Support untuk sistem jualan, kemahiran teknik dan penjualan, dan latihan.
Najib melawat KR1M di kelana Jaya
Sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, kini sudah terdapat kira kira 30 buah kedai Rakyat 1 Malaysia di Semenanjung Malaysia.
0 comments:
Post a Comment